Skip to main content

Pesanan Terakhir Nabi ku Rasulullah ;(

Assalamuailaikum..Dear Bloogy...

Sekarang 614AM..Sukanya Saya bangun awal-awal begini..Tenang sahaja sambil mendengar IKIM.fm
Alunan-alunan ayat suci Al-Quran-Mu,zikir-zikir-Mu...MasyAllah, SubhanAllah...Tenang Ya Rabb hati ku nie.. :)
Saya ada terdengar di dalam radio nie Pesanan terakhir Rasulullah SAW pada khutbah terakhir Beliau untuk umat-umatnya, termasuklah Saya... ;(
'Sampaikan lah walaupun sepatah daripada ayatku'....ayat itu membuatkan Saya ingin berkongsi dengan kengkawan Bloogy semua pesanan terakhir Beliau...
Ini adalah khutbah terakhir dan pesanan terakhir Rasulullah :


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
....Ya Rabb, terima kasih kerana melahirkan ku sebagai seorang muslim agar di Sana nnt Saya dihimpunkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan mendapat Syafaat dari Rasulullah...Amen Ya Rabb ;(
Wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

#Assalamuailaikum Dunia

Assalamuailaikum W.B.T Hehehee....lengkap salamnye, gud! Ok, quick and fast update! Ahhhhh, I will be come mommy xlama lagi..yipppeeee :p Sukanye, hanya Allah sahaja yang tahu.. #Alhamdulillah, sejak-sejak pregy nie alahan macam kuranglaaa..but loya of coz..kejap-kejap rasa loya..Doc said is normal for pregy women..hehehe Rezeki yang paling berharga untuk saya dan suami..xdapat rezeki kerja, dapat rezeki anak, #Alhamdulillah syukur sangat.. Sebab saya tahu, anak adalah pembawa rezeki dan saya yakin pada rezeki yang telah ditetap oleh-Nya. Dont worry pada yang pregy awal tu, yang x da mana-mana income tetap lagi or U baru habis belaja ker (tetibe da mengandung. 'ok itu untuk yang da kahwen macam saya ok' :p) percaya pada ketentuanNya...Insyallah everything will be ok. Sejak da tahu pregy nie, my sensitiviti sangat laaaaaaaa sensitif (apakah itu??? :p) yerlaaaa, semalam xdapat balik puncak, merajuk xcakap pun..sedih kan, ibu mengandung nie selalu cepat touching..so...

Happy First Anniversaries 😘

Isteri & Umie Part 1 Assalamuailaikum... Ok,actually benda ni da lama di draft kan sebab nk post masa anniversary bulan 1 nanti,maksudnya hari ni laa (31.01.2016) 😎 Isteri & Umie....ermmmm,dimana mahu start hahhh...ok,da dapat... Kita p hat isteri dulu nooo 😁 Isteri πŸ‘© Saya menjadi isteri kepada Alif bin Ismail pada 31.01.2015 jam tak ingat daaa..hahaha...but,hari ingat ok iaitu hari sabtu..majlis perkahwinan kami very simple mimple,no kopang,no dj n lagu,no pelamin,no photography just photography by phone memasing jer πŸ€“ just makan3 je kteorg buat..yang penting adalah kte buat yang wajib sahaja..benda-benda yang lain n lagha tu kte tolak ketepi...bukan apa,nk jimat cermat n tidak mahu membazir..sedangkan waktu itu saya baru habis belajar..tiada kewangan yang kukuh time tu..simpanan pun sikit3 ja ada.. Menjadi isteri kepada Alif bin ismail adalah perkara yang saya mahu dari dulu semenjak kteorg kenai time U dulu3..hahaha..boleh dikatakan cinta dalam senyap..saya suka...

Happy First Anniversary - 2nd

Isteri & umie Part 2 Assalamualaikum guys !!! Ok jom continues my story molly about tajuk kat atas ☝🏼 After a month ive got married with him, saya disahkan pregnant...(congrate to me πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ)..syukur #alhamdulillah .. Becoz saya bakal menjadi seorang umie x lama lg..semua perassan tu da,takut,happy,syok,nervous n seangkatannye..yer laaa kan baru jer kahwen pastu da pregnant..saya memang x sangka akan pregnant secepat nie..ingat nk honeymoon dlu laaa utk a year ker..hhahaa...tapi..like my hubs said,Allah adalah sebaik-baik perancangan..tadaaaaa,Allah bg rezeki awal kepada saya..iaitu baby yg da dalam perut saya.. πŸ™‚ Ive got to know pregnant around March 2015..and estimates date to delivery early November 2015...tp my baby nie nak keluar awal agaknye,in the end of October 2015 da delivery..awal 2 minggu dari tarikh due date nye..first time pegang my baby like I'm a happy mommy in the world..😍😍😍 Still remember bila nurse tu bagi my baby,i was like πŸ˜ŠπŸ˜ŒπŸ˜’πŸ˜‰πŸ˜ƒπŸ˜...