Skip to main content

Mama Papa,Saya nak KAHWIN


Assalamuailaikum...

Mama Papa, Saya nak kahwin... 
Janganlah bersusah hati Mama Papa, Saya ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.
Mama Papa,Saya nak kahwin...
Janganlah dihalang keinginan Puterimu ini, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.
Mama Papa, Saya nak kahwin...
Jangan sesekali risau pasal pelajaran Saya, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." InsyAllah, Saya tidak akan sia-sia kan ilmu itu.
Mama Papa, Saya nak kahwin...
Walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin. 
Mama Papa, Saya nak kahwin...
Jangan risau akan Puterimu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri. Perancangan di Dunia & Akhirat.
Mama Papa, Saya nak kahwin...
Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada Saya melihat kaum Adam di sana sini, lebih baik Saya melihat suaminya saja. Dapat pahala lagi. Tenang hati.
Mak ayah, saya nak kahwin...
Dengan berkahwin, Saya akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia, sentiasa berada disamping Saya akan memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif. Study Saya akan jadi lebih fokus. Hidup Saya akan jadi lebih tenang. Ya Allah... ;'(
Mama Papa, Saya nak kahwin...
Percayalah yang Puterimu sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya. Jika ditanya mana-mana suami isteri, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.
Mama Papa, Saya nak kahwin...
Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada Saya. Imam kepada Saya. 
Mama Papa, Saya nak kahwin...
Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya Saya dptmenjadi seorang Lelaki yang lebih soleh untuk menjadi pemimpin kepada isterinya kelak.
Mama Papa, Saya nak kahwin...
Usia remajakumengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk Puterimu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman. Pengalaman yang dapat dijadikan pengajaran di hari depan.
Mama Papa, Saya nak kahwin...
Semua ini hanyalah keinginan Puterimu. Namun kiranya tiada dipersetujui, Saya terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.
Mama Papa. Saya nak kahwin... 
Andai kiranya Mama Papa bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini untuk melangkah ke stage yang seterusnya untuk mencari Redha-Nya. 
Mama Papa, Saya nak kahwin... 
Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.
Mama Papa, Saya nak kahwin...
Tapi apakan daya Saya hanya mampu coretkan di blog ini untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh Mama Papa, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan Puteri Mama Papa ini, Amen... 

Comments

Popular posts from this blog

HakunamaTATA is my second blogger..hehe..the first one I dont remember the ID and password 2. So, just leave it and start new blogger. :)

#Assalamuailaikum Dunia

Assalamuailaikum W.B.T Hehehee....lengkap salamnye, gud! Ok, quick and fast update! Ahhhhh, I will be come mommy xlama lagi..yipppeeee :p Sukanye, hanya Allah sahaja yang tahu.. #Alhamdulillah, sejak-sejak pregy nie alahan macam kuranglaaa..but loya of coz..kejap-kejap rasa loya..Doc said is normal for pregy women..hehehe Rezeki yang paling berharga untuk saya dan suami..xdapat rezeki kerja, dapat rezeki anak, #Alhamdulillah syukur sangat.. Sebab saya tahu, anak adalah pembawa rezeki dan saya yakin pada rezeki yang telah ditetap oleh-Nya. Dont worry pada yang pregy awal tu, yang x da mana-mana income tetap lagi or U baru habis belaja ker (tetibe da mengandung. 'ok itu untuk yang da kahwen macam saya ok' :p) percaya pada ketentuanNya...Insyallah everything will be ok. Sejak da tahu pregy nie, my sensitiviti sangat laaaaaaaa sensitif (apakah itu??? :p) yerlaaaa, semalam xdapat balik puncak, merajuk xcakap pun..sedih kan, ibu mengandung nie selalu cepat touching..so...

Thank You Mybrain15!!!! ;)

Assalamuailaikum...Dear Bloogy cayang.... First of all, ALHAMDULILLAH....ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...!!! Thank you my brain coz realisasikan impian Saya untuk terus bertekad cemerlang dalam master level nie..hehee Thank you sbb menaja pengajian Saya selama 2 tahun nie..I will do it my very berry da best for this.. Dan yang paling utama, Terima kasih Ya Allah beri Saya rezeki ini...bukan ini sahaja, tetapi semuanya dari Saya di lahirkan sehingga la sekarang...Terima kasih Ya Allah... :) Chronology semasa memohon mybrain nie....: Hampir akhir tahun 2012 : Time 2 just looking 4 da sponsorship untuk continue master level..yelaaa kan,            time 2 duit tidak cukup nak sambung tapi daddy da promise nak taja sedikit time blaja nie..tapi3,xkan nk depend on semua pada daddy kan...So,kne la cri maner3 sponsorship yg sanggup mengsponser study Saya nie..hikkss!! Bulan January 2013 : Tanggal 20/01/2013, Saya dapat tawaran sambung belajar kat UUM..yippp...